Saturday, September 15, 2007
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR KELAHIRAN DI MALAYSIA
Keadaan ekonomi yang lebih baik akan membantu menjana lebih banyak peluang pekerjaan yang mana peluang-peluang yang wujud ini akan meningkatkan taraf hidup penduduk. Oleh itu, apabila pendapat ekonomi keluarga meningkat peluang untuk menambahkan saiz keluarga menjadi lebih tinggi.
Bagi keluarga yang mempunyai taraf hidup dan sosio ekonomi yang rendah mengalami kadar kelahiran yang lebih tinggi kerana kurang sedar akan amalan perancangan keluarga. Mereka ini juga kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendidikan rendah yang mana sesetengahnya langsung tidak bersekolah.
Pengaruh agama. Semua agama misalnya agama Islam menggalakkan keluarga mempunyai anak yang banyak. Ini adalah kerana, bagi agama Islam anak merupakan rezeki yang diberikan Tuhan dan sebagai manusia sebagai umatNya tidak patut menolak pemberian ini. Pengajaran agama Katolik juga tidak membenarkan kaedah perancangan keluarga yang moden.
Keluarga taraf hidup tinggi biasanya lebih mengamalkan perancangan keluarga yang mana mereka ini biasanya lebih cenderung untuk mengurangkan saiz keluarga.
Malaysia mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik yang mana banyak peruntukan dilaburkan untuk kesejahteraan rakyat contohnya, peruntukan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang lebih baik terutamnya bagi mengurangkan kadar kematian terutamanya kalangan bayi dan orang tua. Ibu yang pendapatan per kapita tinggi biasanya akan menjaga kesihatan dan melahirkan bayi yang sihat sekaligus mendorong kepada peningkatan kadar kelahiran.
Tahap pendidikan. Pencapaian dalam bidang pendidikan terutamanya bagi kaum perempuan menyebabkan merekan cenderung untuk berkahwin lewat sedangkan tahap kesuburan wanita lebih tua adalah rendah. Jadi keadaan ini akan mengurangkan kadar kelahiran. Hal ini jelas dapat dilihat pada hari ini, perempuan berpendidikan tinggi yang bekerja tidak akan mempunyai keluarg yang besar dan mereka biasanya lebih mementingkan kualiti anak berbanding jumlah anak yang ramai.
Tahap pendidikan yang tinggi juga banyak menimbulkan kesedaran di kalangan mereka untuk meningkatkan amalan perancangan keluarga iaitu dengan mengurangkan saiz keluarga dan lebih menggemari saiz keluarga yang kecil.
Amalan perancangan keluarga yang telah diperkenalkan sebenarnya telah merendahkan kadar kelahiran- 900 000 orang wanita di Malaysia mengamalkan perancangan keluarga pada tahun 1979.
Faktor sosiobudaya. Bagi sesetengan budaya contohnya budaya masyarakat Melayu, mereka lebih cenderung untuk memiliki keluarga besar iaitu dengan menambahkan kelahiran yang mana dikatakan ianya dapat menambahkan rezeki hidup keluarga.
Kerajaan Malaysia menggalakkan pertumbuhan penduduk untuk memenuhi keperluan tenaga , pekerja dengan memberikan pengecualian cukai tanggungan cuti bersalin
dan mengenakan bayaran rawatan yang rendah di klinik atau di hospital kerajaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment