Sunday, October 28, 2007

assalamualaikum & selamat malam

Saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada Pn. Marsitah dan semua kwn2 yg mbik kursus DEMOGRAFI & PEMBANGUNAN....GOOD LUCK UNTUK FINAL EXAM. semoga kita semua dapat A untuk kursus ini eik..amin....
Jumpa lagi....
assalamualaikum

Friday, October 26, 2007

KAJIAN DI KAMPUNG TEMBIOH, KOTA TINGGI

sistem longkang di hadapan premis perniagaan di bandar Kota Tinggi yang rosak akibat banjir

Gambar-gambar ini menunjukkan premis-premis perniagaan yang terlibat dengan banjir di Kota Tinggi, Johor

KINI DAN AKAN DATANG.....

Masa Depan Masyarakat Dunia

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mengatakan bahawa lebih dari 3 milion orang yang sebagian besar hidup di Asia dan Afrika, kini tengah mengalami kekurangan makanan. Hasil dari penelitian ini menunjukkan bahawa dengan berlanjutnya angka pertumbuhan, pada tahun 2100, 12 milion orang di dunia harus banting tulang untuk mencari makanan. Bukti-bukti menunjukkan bahawa pada tahun 2000 saja, ada 600.000 mil persegi hutan yang dimusnahkan. Sebagaimana bisa kita saksikan, saat ini di utara Cina, barat laut India, sebagian Pakistan, sebagian besar kawasan di AS, Afrika utara, Timur tengah, dan semenanjung Arab Saudi, cadangan air di dalam bumi telah mencapai titik terendahnya.
Untuk mengatasi berbagai masalah tersebut, ada beberapa langkah yang bisa ditempuh. Pertama, pengontrolan jumlah kelahiran, terutama di negara-negara miskin dan berkembang, yang tingkat kelahirannya sangat tinggi dibanding dengan negara-negara maju. Kedua, menjaga dan melindungi berbagai sumber alam di muka bumi. Hal ini harus dilakukan secara sungguh-sunggh dan serius, mengingat bumi adalah satu-satunya tempat hidup bagi manusia di dunia. Bumi ini bukan hanya tempat hidup bagi manusia hari ini, melainkan juga bagi manusia generasi-generasi berikutnya. Oleh karena itu, manusia generasi saat ini tidak boleh egois dan mementingkan diri sendiri. Manusia hari ini harus selalu menjaga dan menyelamatkan bumi demi kelangsungan hidup generasi-generasi di masa yang akan datang.(IRIB Indonesia, okt 2004)
http://penakayu.blogdrive.com/archive/74.html

ULASAN

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), kini negara-negara miskin yang mempunyai kuantiti penduduk yang tinggi sedang menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan yang dikatakan sudah tidak mampu bagi menampung jumlah penduduk yang kian meningkat. Peningkatan jumlah penduduk dikatakan lebih cepat berbanding pengeluaran produk makanan yang berjaya dihasilkan negara itu. Penerokaan hutan juga mendorong kepada pemusnahan banyak habitat yang juga menjadi punca bekalan makanan kepada penduduk. Penerokaan yang giat bagi memenuhi permintaan terhadap peningkatan petempatan, sumber eksport negara dan sikap ingin mendapatkan untung menyebabkan banyak hutan dimusnahkan. Selain itu, penerokaan ini juga memusnahkan kawasan tadahan air yang mana kini banyak negara terpaksa mengimport bekalan air bersih dari negara lain.


LANGKAH-LANGKAH
- mengawal kadar kelahiran terutama di negara miskin
- menjaga dan melindungi sumber alam
sumber hutan harus dikawal penerokaannya bagi membolehkan generasi akan datang juga boleh memanfaatkannya.
Contohnya, kerajaan kini sedang mengambil tindakan terhadap penerokaan kayu balak di hutan Temerloh, Pahang.
.

NEGARA DAN KEPADATAN

SINGAPURA
Penduduk = 4,483,900
Luas = 704.0
Kepadatan = 6,369

BANGLADESH
Penduduk = 141,822,300
Luas = 143,998
Kepadatan = 985

INDONESIA
Penduduk = 222,781,500
Luas = 1,904,569
Kepadatan = 117

MALAYSIA
Penduduk = 25,347,370
Luas = 329,847
Kepadatan = 77

INDIA
Penduduk = 1,103,371,000
Luas = 3,287,263
Kepadatan = 336

CHINA
Penduduk = 1,315,844,000
Luas = 9,596,961
Kepadatan = 137

Sumber: Prospek Populasi Dunia PBB (edisi 2004). Data untuk tahun 2005

ULASAN

Berdasarkan data dapat menjelaskan penduduk berbanding keluasan negara tersebut dalam menentukan kepadatan penduduk. Perbandingan ini akan mengambil 6 negara terpilih iaitu Singapura, Bangladesh, Indonesia, Malaysia, India dan China. Jumlah penduduk paling ramai adalah bagi negara India dan China iaitu masing-masing 1,103,371,000 dan 1,315,844,000. Perbandingan negara-negara ini mengikut keluasan pula mendapati India dan China adalah negara yang luas iaitu masing-masing mempunyai keluasan 3,287,263km2 dan 9,596,961 km2. Namun, bagi kepadatan pula mendapati Singapura dan Bangladesh adalah paling padat penduduk iaitu apabila membuat perbandingan bagi penduduk berbanding keluasan negara tersebut.

PENDUDUK DI CHINA

Pada penghujung tahun 2002, jumlah penduduk di China berjumlah sebilion 284 juta 530 ribu orang (angka itu tidak meliputi penduduk di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Khas Makau dan Provinsi Taiwan), kira-kira menduduki 1/5 jumlah penduduk di dunia. China juga merupakan salah satu negara yang kepadatan penduduk tinggi di dunia (kepadatan penduduk purata mencatat kira-kira 135orang/kilometer persegi). Penduduk China ramai di bahagian timur dan berkurangan di bahagian barat; penduduk padat di kawasan sepanjang pantai di bahagian timur, melebihi 400 orang setiap kilometer persegi; angka itu mencatat lebih 200 orang setiap kilometer persegi di bahagian tengah; penduduk di kawasan dataran tinggi di bahagian barat berkurangan dengan tidak mencukupi 10 orang setiap kilometer persegi. Pada tahun 2002, kadar peningkatan penduduk China terus menurun, jumlah penduduk di Tanah Besar pada penghujung tahun 2002 mencatat sebilion 284 juta 530 ribu orang. Jumlah lelaki di China mencatat 661 juta 150 ribu orang, jumlah wanita mencatat 623 juta 380 ribu orang. Nisbah penduduk dari umur 0 hingga umur 14 tahun mencatat 22.4%, nisbah penduduk dari umur 15 hingga umur 64 mencatat 70.3%, nisbah warga tua yang berumur 65 tahun ke atas mencatat 7.3% dengan warga tua berjumlah 93 juta 770 ribu orang. Penduduk yang dilahir di seluruh negara pada tahun 2002 berjumlah 16 juta 470 ribu orang, kadar kelahiran mencatat 12.86‰; jumlah kematian mencatat 8 juta 210 ribu orang, kadar kematian mencatat 6.41‰; penduduk meningkat 8 juta 260 ribu orang seluruh tahun 2002, kadar peningkatan penduduk mencatat 6.45‰. http://malay.cri.cn/chinaabc/chapter1/chapter10401.htm

ULASAN

China merupakan negara yang mempunyai jumlah penduduk paling banyak di dunia iaitu purata kepadatan penduduknya adalah kira-kira 135 orang/kilometer persegi. Taburan penduduk ini dikatakan tidak seimbang antara bahagian timur dan barat. Pada 2002, peningkatan bagi penduduk China dikatakan terus menurun. Golongan lelaki didapati lebih ramai di China iaitu sebanyak 661 juta 150 ribu orang berbanding hanya 623 juta 380 ribu orang wanita. Hal ini kerana, seperti mana yang kita semua ketahui sejak zaman kuno lagi penduduk China lebih mementingkan anak lelaki kerana menurut mereka anak lelaki akan menjadi waris kepada keturunan mereka dan yang akan menyembahyangkan mereka apabila mereka mati kelak. Isu pengguguran bayi terutama bagi bayi perempuan adalah sangat tinggi di China. Kadar kelahiran mencatat 12.86% berbanding kematian sebanyak 6.41%. Penduduk meningkat kepada 8 juta 260 ribu orang penduduk.

REALITI DI SEBALIK ISU PENDATANG TANPA IZIN

1) Pengeksportan pekerja kini telah menjadi sumber pendapatan yang penting bagi negara-
negara yang miskin, dan fenomena ini telah dilanjutkan oleh pengaruh globalisasi.

2) Pertubuhan Tenaga Pekerja Antarabangsa (ILO) kini menganggarkan bahawa terdapatnya
lebih kurang enam juta pekerja dari Asia yang bekerja di luar negara, dengan jumlah yang
hampir sebesar itu meninggalkan negara asal mereka tanpa izin.

3) Malaysia pula dianggarkan menjadi destinasi bagi 1.8 juta pekerja asing, dengan kebanyakan

mereka datangnya dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina. Hanya 500,000 daripada mereka
dikatakan mempunyai dokumen perjalanan yang sah, dan malah beberapa sumber
mengatakan bahawa jumlah itu mungkin lebih tinggi lagi, terutamanya di negeri Sabah.

4) Tenaganita, iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang menangani isu-isu pekerja migran,

pernah mengatakan bahawa terdapatnya lebih kurang 3 juta pekerja sah dan tidak sah di
Malaysia, iaitu lebih kurang 10 peratus daripada jumlah penduduk.

5) Akhbar-akhbar di Filipina pula pernah melaporkan bahawa jumlah pendatang tanpa izin di

negeri Sabah melebihi setengah juta orang. Serupa dengan itu, seorang ahli parlimen di negeri
Johor telah mengatakan bahawa terdapatnta sejuta pendatang dari Indonesia pada tahun
1995 di negeri itu sendiri.

6) Tetapi isu pekerja asing bukanlah khusus kepada Malaysia dan Negara Thai. Ia dianggarkan

bahawa terdapatnya 200,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan beribu-ribu
lagi di Jepun, dan kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

ULASAN


Isu pendatang tanpa izin bukanlah isu baru malah sudah lama diperkatakan. Namun, jika diteliti tumpuan mula diberi oleh pihak media sama ada media cetak atau media elektronik terhadap isu pendatang asing tanpa izin (PATI). Pelbagai usaha dibuat bagi membanteras mereka daripada terus memboloskan diri ke negara asing tanpa izin. Namun, usaha ini belum menampakkan lagi kejayaannya malah kini permintaan terhadap buruh asing dikatakan makin meningkat terutamanya untuk terlibat dalam sektor pertanian, perladangan, perkilangan, pembinaan dan sebagai pembantu rumah malah pengeksportan pekerja asing kini telah menjadi sumber pendapatan negara terutamanya bagi negara-negara miskin. Malaysia juga sebenarnya tidak dapat lari daripada terlibat, yang mana terdapat juga rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Jepun malah kebanyakannya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Selain itu, rasuah yang berlaku terutama dalam kalangan pihak berkuasa seperti kastam, emigresen dan polis juga mendorong kepada kegagalan usaha mengurangkan tenaga asing tanpa izin dalam negara.

Sejarah Migrasi Ke Malaysia

Terdapatnya 3 fasa umum dalam aliran migrasi dari Indonesia iaitu:

Dalam fasa pertama, iaitu dari tahun 1969 sehingga 1979, hampir setengah daripada penghijrah dari Indonesia telah menjadikan Eropah (dan biasanya Belanda) sebagai destinasi mereka.

Dalam fasa kedua, dari tahun 1979 sehingga 1989, tiga perempat daripada migran Indonesia telah menuju ke Timur Tengah, dan biasanya ke Arab Saudi.

Dalam fasa ketiga, iaitu sejak akhir tahun 1980-an, Timur Tengah telah kekal sebagai destinasi utama bagi penghijrah dari Indonesia, tetapi Asia Tenggara juga telah menjadi destinasi yang penting, terutamanya apabila Malaysia dan Singapura telah menjadi ekonomi-ekonomi yang kekurangan pekerja. Maka, statistik kerajaan Indonesia menunjukkan bahawa jumlah migran sah ke Malaysia, Singapura dan Brunei telah meningkat dari 6,000 orang setahun sehingga purata tahunan sebanyak 50,000 orang pada awal tahun 1990-an.


ULASAN

Isu migrasi dari Indonesia ini bukanlah isu baru malah telah berlaku sejak tahun 1960-an lagi. Terdapat 3 fasa umum dalam menghuraikan isu migrasi dari Indonesia ini. Pada awalnya iaitu pada fasa pertama mereka ini lebih cenderung untuk berhijrah ke kawasan Eropah. Namun, dalam fasa kedua pergerakan migran lebih cenderung kepada negara di Timur Tengah. Dalam fasa ketiga pula migran menumpu pula ke kawasan Asia Tenggara terutama di Malaysia dan Singapura. Pergerakan mereka ini giat ke Malaysia dan Singapura bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja yang dihadapi oleh dua negara ini. Statistik kerajaan Indonesia menunjukkan jumlah migran sah ke Malaysia, Singapura dan Brunei telah meningkat. Peningkatan ini berikutan permintaan yang tinggi oleh negara-negara ini terhadap buruh dari Indonesia yang murah.

Thursday, October 25, 2007

kesan-kesan migrasi di Malaysia

Terdapat 2 jenis kesan yang akan diterima oleh Malaysia iaitu meliputi:

kesan positif
  1. dapat menampung kekurangan tenaga kerja contohnya, dalam sektor pembinaan, pertanian dan perladangan.
  2. meningkatkan persaingan dalam meningkatkan kualiti diri terutama persaingan dalam merebut peluang pekerjaan yang terhad.
  3. meningkatkan pendapatan ekonomi negara apabila mereka membuat perbelanjaan di negara yang dituju.

kesan negatif

  1. meningkatkan kegiatan jenayah seperti kes bunuh, kecurian dan masalah sosial yang melibatkan migran asing.
  2. aspek kesihatan- penyakit yang dibawa dari negara asal seperti HIV/AIDS, selesema burung dan sebagainya.
  3. merugikan negara melalui pertukaran wang asing iaitu apabila migran melakukan penghantaran wang ke negara asal mereka.
  4. meningkatkan pengangguran dalam negara.

Malayisa oh Malaysia

Malaysia merupakan negara bekas tanah jajahan yang kini menjadi model bagi negara lain seperti Indonesia untuk mencapai tahap pembangunan yang lebih efisyen. Selepas 50 tahun mencapai kemerdekaan, Malaysia kini boleh berbangga dengan pelbagai kejayaan yang dicapai.
Namun, harus diingat bahawa kejayaan atau kegagalan pentadbiran sesebuah negara adalah bergantung kepada penduduknya. Penduduk yang berkualiti merupakan aset penting kepada sesebuah negara. Pelbagai perancangan dan pelaksaan dijalankan bagi memastikan negara mencapai tahap pembangunan yang seimbang. Pelbagai penekanan diberikan dalam usaha meningkatkan kualiti penduduk seperti penekanan dalam pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Kini Malaysia menekankan juga modal insan iaitu bagi memastikan setiap rakyat mempunyai kualiti dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Selain itu, banyak sekolah dan institusi pendidikan yang didirikan malah kerajaan menetapkan bahawa buku teks akan dibekalkan kepada semua murid secara percuma sebagai galakan dalam meningkatkan golongan cerdik pandai di Malaysia sekaligus berjaya ke arah menjadi sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Malaysia bolehhhhh.......

LAPORAN KAJIAN BERKAITAN IMPAK BANJIR KE ATAS GOLONGAN PENIAGA

PENGENALAN

Banjir merupakan satu fenomena alam yang sering berlaku terutamanya di negeri Pantai Timur di Semenanjung Malaysia. Pada penghujung tahun 2006 dan Januari 2007, Malaysia telah dikejutkan dengan peristiwa banjir besar yang melanda Johor, Pahang dan Melaka. Johor merupakan negeri yang terjejas teruk akibat daripada kejadian banjir ini yang mana banjir ini telah terjadi selama dua kali berturut-turut dan keadaan ini membawa banyak kemusnahan kepada mangsa banjir.

Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, premis-premis perniagaan dan kawasan-kawasan perumahan yang berdekatan. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 adalah lebih dahsyat kerana telah menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Fenomena ini dikatakan terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga air sungai tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke pusat pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Tinggi).

Selain itu, banjir ini juga telah meneyebabkan banyak perniagaan terutamanya di Kota Tinggi mengalami kelumpuhan dan terpaksa menutup perniagaan berikutan kerugian yang tinggi yang terpaksa ditanggung. Menurut Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pasaraya Kini mengalami kerugian sebanyak RM 2 juta bagi banjir gelombang pertama dan RM 4 juta bagi gelombang kedua. Selain itu, semasa menjalankan kajian di Kota Tinggi yang mana penyelidik cuba memfokuskan kepada golongan peniaga yang terlibat dengan banjir. Namun, hampir kesemua peniaga mengatakan mereka mengalami trauma sekiranya hujan lebat turun dan ramai peniaga mengalami tekanan emosi akibat daripada banjir ini. Masa yang diambil untuk memulihkan semula ekonomi mereka dari segi perniagaan juga agak panjang kerana kerosakan yang terjadi amat teruk malah banyak aset-aset yang rosak dan sudah tidak boleh digunakan lagi. Keadaan ini memaksa mereka untuk memulakan perniagaan bermula dari bawah semula.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian merujuk kepada objektif yang ingin dicapai terhadap sesuatu kajian yang dijalankan. Terdapat empat objektif kajian yang dijalankan ini iaitu:
i. mengenal pasti kesan-kesan banjir terhadap sumber pendapatan golongan peniaga
ii.membandingkan tempoh yang diambil untuk memulakan perniagaan selepas banjir
iii.menghuraikan pandangan pekerja terhadap gaji dan pelanggan selepas banjir
iv.membandingkan persepsi pelanggan terhadap barangan kesan dari banjir.

SKOP KAJIAN

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah di negeri Johor, Malaysia
. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sunagi Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 kilometer persegi. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Tinggi).

Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Pelbagai tempat-tempat pelancongan yang menarik dapat dikunjungi di Kota Tinggi antaranya air terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi, Hutan Lipur Panti, Desaru dan pelbagai lagi tempat yang menarik wujud di Daerah Kota Tinggi Johor ini.

Pusat bandar Kota Tinggi sedang membangun dengan pesat. Terdapat pelbagai sektor peniagaan di bandar ini seperti perniagaan makanan, pakaian dan pasaraya contohnya KINI dan Plaza Kota Tinggi. Banjir besar ini telah mengakibatkan kerugian yang amat besar kepada para peniaga dan menimbulkan gangguan emosi serta tekanan perasaan.

Sistem saliran utama di bandar ini adalah Sistem Sungai Johor yang mengalirkan air daripada kawasan tadahan Sungai Linggiu dan Sungai Sayong (Daerah Kluang) ke laut. Cabang utama Sungai Johor (bandar Kota Tinggi) ialah Sungai Permandi, Sungai Kemang, Sungai Kampung Kelantan, Sungai Bang, Sungai Tembioh dan Sungai Damar. Kampung Kelantan, Kampung Tembioh dan Taman Kemang merupakan antara kawasan yang paling terjejas selain bandar Kota Tinggi. Diantara peristiwa banjir besar yang pernah dicatatkan adalah pada Disember 1948, Disember 1969, November 1979, Disember 1982, Disember 1983, November 1989, Disember 1991, Disember 2003, Januari 2004 dan Mac 2004.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan dalam dua kaedah iaitu pengumpulan data-data primer dan sekunder. Kaedah pengumpulan data secara primer adalah melalui soal selidik berpandu dan temubual tidak formal terutamanya temubual dengan peniaga. Selain peniaga, golongan pekerja dan pelanggan juga turut ditemubual kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada responden yang dikaji.Kebanyakan responden terdiri daripada mereka yang menjadi mangsa banjir dan melalui sendiri keadaan sewaktu banjir ini. Kaedah ini amat sesuai digunakan kerana penyelidik dapat mengetahui sendiri kesan banjir ini kepada mereka yang terlibat menerusi pandangan responden. Responden yang ditemubual juga memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memberikan maklumat yang diperlukan.

Manakala, data sekunder pula diperolehi melalui bahan rujukan umum seperti buku, jurnal, majalah dan akhbar serta internet. Menerusi kaedah ini, penyelidik dapat menganalisa sejauhmana kesan banjir ini secara umum dibandingkan dengan data yang diperolehi melalui primer. Selain itu, kaedah pemerhatian juga dilakukan untuk melihat sejauhmana impak banjir terhadap para peniaga. Pemerhatian yang dibuat adalah dari aspek logistik serta kemanusiaan. Melalui kaedah ini, penyelidik mengetahui dan dapat melihat sendiri kesan banjir kepada mangsa banjir di Kota Tinggi amnya dan golongan peniaga di situ khususnya. Analisis bagi isi kandungan data premier dilakukan sendiri oleh penyelidik sendiri setelah mengumpulkan semua data primer dan sekunder serta bahan-bahan sampingan. Data kuantitatif yang diperolehi dianalisis dan diterangkan dalam penemuan kajian di bawah.

PENEMUAN KAJIAN

ANALISIS PENIAGA DI KOTA TINGGI

Berdasarkan soalan-soalan kajian pada Bahagian A yang meliputi profil responden yang mana ianya telah diajukan kepada kesemua responden yang terdiri daripada kalangan peniaga di Kota Tinggi mendapati golongan peniaga di sini adalah terdiri daripada peringkat umur antara 23 hingga 64 tahun. Kesemua responden terlibat dalam perniagaan seperti perniagaan warung, kedai runcit, kedai bunga, kedai cakera padat (CD) dan kedai kain. Daripada jumlah sampel responden yang diambil iaitu tujuh orang mendapati penglibatan golongan peniaga di sini majoritinya adalah daripada kalangan peniaga lelaki iaitu sebanyak 57% dan selebihnya adalah daripada golongan wanita iaitu hanya sebanyak 43% sahaja.

Selain itu, dapatan kajian juga mendapati 71% peniaga di sini adalah daripada kalangan etnik Melayu beragama Islam dan 29% yang selebihnya adalah daripada etnik Cina yang masing-masing beragama Kristian dan Buddha. Kesemua pemilik perniagaan yang ditemubual ini juga didapati semuanya sudah berkahwin.

Kesemua peniaga di sini mempunyai pendidikan yang mana majoritinya mempunyai tahap pendidikan peringkat sekolah menengah iaitu sebanyak 42%. Peratusan bagi peniaga yang mempunyai taraf pendidikan peringkat diploma atau ijazah dan sekolah rendah adalah sama iaitu masing-masing sebanyak 29%. Dapatan kajian ini juga mendapati jumlah pekerja di setiap organisasi perniagaan di sini adalah antara seorang hingga empat orang pekerja. Namun, hasil kajian ini juga mendapati bagi perniagaan jenis kedai runcit dan warung masing-masing tidak mempunyai pekerja. Hal ini demikian kerana, menurut kedua-dua responden ini saiz perniagaan yang kecil menyebabkan mereka tidak perlu mengambil pekerja malah mampu menguruskan perniagaan mereka sendiri di samping dapat menjimatkan kos iaitu tidak perlu menanggung kos untuk membayar upah pekerja.

Selain itu, berdasarkan soalan-soalan di Bahagian B yang telah diajukan kepada peniaga-peniaga ini mendapati fenomena banjir yang berlaku banyak memberikan kesan yang negatif kepada perniagaan yang dijalankan. Hal ini dapat dibuktikan apabila kesemua responden yang ditemubual mengatakan bahawa pendapatan yang diperolehi sebelum berlakunya banjir adalah lebih tinggi berbanding selepas banjir. Jumlah pendapatan yang mampu diperolehi peniaga-peniaga di sini sebelum berlakunya banjir adalah antara RM700 hingga RM100,000 bagi tempoh sebulan. Namun, selepas berlakunya banjir pendapatan yang mampu diperolehi oleh peniaga-peniaga di sini hanyalah antara RM350 hingga RM84,000 sahaja. Di samping itu, anggaran kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kesemua peniaga yang ditemubual adalah antara RM1000 hingga RM50,000. Keadaan ini menjelaskan bahawa fenomena banjir yang berlaku menjejaskan aktiviti perniagaan yang dijalankan terutamanya bagi lokasi perniagaan yang terletak di kawasan yang rendah dan terdedah kepada fenomena banjir yang berlaku.

Saiz perniagaan bagi peniaga-peniaga di kawasan kajian adalah melibatkan modal antara RM10,000 hingga RM15,000 dan lebih dari RM15,000 iaitu masing-masing diwakili oleh peratusan sebanyak 29%. Bagi perniagaan yang saiznya adalah antara RM1000 dan kebawah hingga RM10,000 masing-masing diwakili oleh peratusan sebanyak 14%. Bagi soalan berkaitan sambutan pelanggan terhadap perniagaan sebelum banjir mendapati kesemua responden mengatakan sambutan pelanggan terhadap perniagaan mereka sebelum berlakunya banjir adalah memuaskan. Namun, situasi ini amat berbeza yang mana responden mengatakan selepas berlakunya banjir sambutan pelanggan terhadap perniagaan mereka dapat dijelaskan seperti carta pai 4 di sebelah.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan mendapati 57% daripada peniaga mengatakan sambutan daripada pelanggan terhadap perniagaan mereka adalah memuaskan. Namun, selebihnya iaitu 43% lagi mengatakan sambutan pelanggan terhadap aktiviti perniagaan selepas berlakunya banjir adalah tidak memuaskan iaitu sebanyak 43%. Menurut peniaga-peniaga ini juga, fenomena banjir yang berlaku telah menjejaskan aktiviti perniagaan mereka yang mana perniagaan mereka makin merosot disebabkan kekurangan bekalan barang yang dijual dan kekurangan daya tarikan terhadap premis perniagaan kerana kerosakan semua peralatan niaga. Namun, fenomena banjir yang berlaku ini juga didapati meninggalkan kesan terhadap peniaga itu sendiri yang mana mereka mengatakan fenomena banjir yang berlaku ini menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian yang tinggi akibat kerosakan-kerosakan yang berlaku malah perlu mengeluarkan modal sendiri untuk memperbaiki perniagaan. Terdapat juga responden yang mengatakan fenomena banjir yang berlaku ini memberikan tekanan perasaan dan emosi kerana melihat sendiri perniagaan mereka musnah akibat fenomena banjir yang berlaku. Selain itu, terdapat juga responden yang menganggap kemusnahan perniagaan akibat fenomena banjir yang berlaku ini sebagai ketentuan Ilahi malah mereka ini tidak berputus asa untuk memulakan kembali aktiviti perniagaan yang dijalankan di samping cuba meningkatkan ciri-ciri keselamatan dalam menghadapi situasi banjir kerana fenomena banjir yang berlaku adalah di luar jangkaan contohnya, mengalihkan premis perniagaan ke kawasan yang lebih tinggi atau membina tembok tinggi di luar premis perniagaan bagi menghalang laluan air daripada masuk ketika hujan lebat berlaku.

Bagi soalan berkaitan bantuan yang diterima oleh peniaga akibat berlakunya banjir mendapati majoriti peniaga tidak mendapat bantuan daripada mana-mana institusi sebaliknya mereka terpaksa membuat pinjaman kewangan melalui bank seperti Maybank untuk memperbaiki semula aktiviti perniagaan. Selain itu, terdapat 42.9% daripada peniaga yang mendapat bantuan daripada kerajaan seperti bantuan daripada Pejabat Daerah dan Tanah yang mana majoritinya adalah dalam bentuk bantuan kewangan. Terdapat juga responden yang mendapat bantuan perniagaan daripada pertubuhan agama dan organisasi swasta seperti Kelab Loteri. Kesemua responden yang mendapat bantuan mengatakan bahawa bantuan yang diterima adalah tidak mencukupi bagi memperbaiki semula perniagaan mereka. Hal ini demikian kerana, bagi mereka jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung adalah lebih tinggi berbanding bantuan yang diperolehi. Mereka juga mengatakan bahawa kemusnahan dan kerosakan yang berlaku akibat banjir memerlukan peruntukan modal yang besar untuk membiayai kos-kos pembaik pulihan ini. Hal ini jelas terutamanya bagi peniaga-peniaga CD yang mana banjir yang berlakunya menyebabkan kerosakan kesemua barangan dan memerlukan mereka membeli CD-CD yang baru kerana barangan seperti ini tidak dapat digunakan lagi. Keadaan ini berbeza bagi peniaga-peniaga kasut, peniaga kain dan kedai bunga yang mana barangan sebegini boleh dibersihkan dan dijual semula dengan harga yang jauh lebih murah.

Di samping itu, bagi tempoh peniaga memulakan kembali operasi perniagaan mereka selepas berlakunya banjir pula, dapatan kajian mendapati 43% peniaga mengambil masa antara tiga bulan dan ke bawah bagi memulakan kembali operasi perniagaan mereka selepas terlibat dengan bencana banjir. Peratusan ini sama, yang mana 43% peniaga juga mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk memulakan kembali operasi perniagaan mereka. Namun, 14% yang selebihnya adalah peniaga yang mengambil masa enam hingga setahun untuk memulakan kembali operasi perniagaan mereka selepas berlakunya bencana banjir ini. Bagi soalan berkaitan jenis kerosakan yang dialami oleh peniaga mendapati kesemua responden yang terdiri daripada peniaga ini mengalami kerosakan perniagaan jenis barang niaga. Namun, bagi kerosakan jenis premis, peralatan dan aset masing-masing lima responden. Bagi kerosakan jenis inventori adalah sangat rendah iaitu hanya empat orang responden sahaja yang mengalami kerosakan jenis ini.


PERSEPSI PEKERJA TERHADAP KESAN BANJIR KE ATAS PERNIAGAAN

Semasa menjalankan kajian penyelidik juga cuba meneliti persepsi pekerja terhadap kesan banjir terhadap perniagaan yang terlibat. Dapatan kajian mendapati bahawa pekerja di Kota Tinggi majoritinya adalah dalam lingkungan umur antara 14 hingga 30 tahun. Majoriti responden yang ditemubual adalah terdiri daripada perempuan iaitu sebanyak 80 peratus dan 20 peratus adalah lelaki. Peratusan pekerja lelaki yang terlibat dalam bidang ini iaitu sama ada sebagai juru jual dan pembantu kedai adalah rendah kerana dalam pemilihan pekerjaan, lelaki dikatakan lebih cenderung untuk terlibat dalam bidang pekerjaan yang berkaitan dengan bidang teknikal seperti sebagai mekanik atau juru teknik.

Dapatan kajian juga mendapati 80 peratus responden yang di soal iaitu yang terdiri daripada kalangan pekerja di sekitar premis perniagaan di Kota Tinggi ini mendapati taraf pendidikan pekerja di sini hanyalah sehingga tamat tingkatan 5, manakala 20 peratus menunjukkan bahawa pekerja di sini mempunyai ijazah. 80 peratus pekerja mempunyai taraf pendidikan sehingga sekolah menengah memilih bekerja sebagai jurujual kerana pekerjaan ini mudah diperolehi tanpa memerlukan sijil atau ijazah. Manakala 20 peratus pekerja lagi yang mempunyai ijazah tetapi masih memilih untuk bekerja sebagai jurujual kerana mereka mengatakan kini peluang pekerjaan yang ada adalah sangat terhad sedangkan masih terdapat ramai siswazah yang masih menganggur dan tidak mempunyai income.

Berdasarkan persoalan berkaiatan gaji pekerja pula, dapatan kajian mendapati 80 peratus pekerja yang telah ditemubual bersetuju mengatakan bahawa gaji yang diterima sama kadar sebelum banjir. Ini bermaksud kadar pembayaran gaji tiada peningkatan ataupun pengurangan walaupun banjir berlaku.


ANALISIS DATA PELANGGAN

Penyelidik juga meneliti dari segi persepsi pelanggan yang mana soalan-soalan berkaitan impak banjir terhadap barangan yang dijual oleh peniaga yang terlibat dengan banjir. Bagi mendapatkan maklumat berkaitan penyelidik telah memilih 13 orang responden yang mana mereka ini dipilih secara rawak iaitu ketika mereka berada di sekitar premis perniagaan yang terdapat di Kota Tinggi.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan mendapati seramai 8 orang atau 62% pelanggan menyatakan setuju bahawa harga barangan di sini telah meningkat daripada harga asal selepas banjir. Manakala seramai 5 orang atau 38 % pelanggan menyatakan barangan pada harga yang sama. Selain itu, terdapat responden yang mengatakan peniaga telah meletakkan harga yang tinggi berbanding dengan harga barangan sebelum berlakunya banjir contohnya, ada segelintir peniaga telah meningkatkan harga barangan kawalan seperti tepung gandum sebanyak RM 0.20 daripada harga yang ditetapkan.

Dapatan kajian juga mendapati seramai 7 orang atau 54% pelanggan mengatakan bahawa kuantiti barangan niaga telah bertambah. Manakala seramai 6 orang pelanggan atau 46% telah menyatakan kuantiti barangan niaga adalah sama saja sebelum dan selapas banjir. Pertambahan barangan niaga adalah kerana ramai perniaga mendapat pinjaman daripada bank tempatan yang mana bank tempatan dikatan mengenakan kadar faedah yang lebih rendah untuk membantu golongan peniaga ini memulakan kembali perniagaan mereka.

Bagi soalan berkaitan kualiti barangan jualan, seramai 7 orang atau 54% pelanggan yang temubual mengatakan bahawa kualiti barangan niaga adalah tidak memuaskan. Manakala seramai 6 orang pelanggan atau 46% menyatakan kualiti barangan adalah memuaskan. Terdapat juga pelanggan yang mengatakan ada segelintir perniaga menjual kembali barangan yang terkena banjir yang mana mereka telah mencuci kembali barangan tersebut misalnya, pakaian, beg dan kasut tetapi dijual dengan harga yang lebih murah berbanding harga asal barangan tersebut.

KESIMPULAN

Alam sekitar merupakan sumber penting kepada hidupan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Manusia menjadikan alam sekitar yang dianugerahkan Tuhan ini sebagai tempat untuk mereka beraktiviti contohnya, sebagai punca pendapatan, sumber makanan, tempat tinggal dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penggunaannya yang tidak terancang baleh mendatangkan kemudaratan kepada hidupan (Baharuddin Yatim, 1989). Terdapat pelbagai ancaman perlu dihadapi ketika menggunakan sumber ini malah, kadang kala perlu berdepan dengan bencana alam yang berlaku akibat penggunaan sumber alam ini yang tidak terancang seperti fenomena banjir. Banjir merupakan salah satu ancaman global yang paling lumrah berlaku.

Risiko berlakunya banjir ini dilihat lebih kepada kawasan yang mengalami proses pembandaran yang pesat di samping hujan yang lebat yang berlaku. Hal ini kerana, kawasan yang mengalami perkembangan dalam proses pembandaran lebih terdedah untuk berlakunya banjir kerana kawasan ini mengalami kesesakan yang teruk, pencemaran meningkat, sistem saliran yang semakin kurang dan sempit akibat tumpuan yang lebih diberikan kepada perkembangan dari aspek pembangunan yang merujuk kepada peningkatan pembinaan bangunan pencakar langit, banyak kawasan diturapkan, pertumbuhan perindustrian dan penebangan hutan yang berleluasa untuk sektor pembinaan.

Oleh itu, fenomena ini adalah sangat penting untuk diberikan perhatian oleh pihak perancang kerana bencana ini boleh menyebabkan kemusnahan harta benda, menjejaskan aktiviti perniagaan, mengganggu aktiviti harian penduduk, dan menjejaskan jaringan sistem pengangkutan.




PEMINDAHAN MANGSA BANJIR DI JOHOR

JOHOR BAHARU, 24 Dis (Bernama) - Bilangan mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Johor mula berkurangan dengan seramai 69,789 orang sehingga pukul 8 pagi berbanding 77,699 Sabtu malam.
Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor berkata walaupun bilangan mangsa yang dipindahkan di Muar paling tinggi berbanding daerah lain namun angka itu kini menurun kepada seramai 22,273 orang Ahad pagi berbanding 22,604 hari Sabtu.
Daerah Batu Pahat yang dilihat semakin teruk mengalami banjir pula terus meningkatkan jumlah perpindahan penduduk dengan seramai 14,808.
Ini diikuti daerah Kota Tinggi seramai 11,860 orang, Segamat (10,609), Kluang (5,209), Johor Baharu (2,873), Pontian (1,612) dan Mersing (545).
Sementara itu, di Kluang Jurucakap Pejabat Penerangan Kluang berkata cuaca pagi ini sangat cerah dengan itu dijangkakan lebih banyak pusat pemindahan akan ditutup. Katanya, walaupun cuaca baik tetapi paras Empangan Machap masih di paras berbahaya dengan 17.53 meter melebihi paras bahaya 17.4 meter, Sungai Kahang juga di paras berbahaya dengan 8.98 meter manakala Sungai Mengkibol 24.01 meter iaitu tahap amaran.
Jalan Kluang-Mersing di KM115 melalui Felda Nitar masih ditutup, Jalan Kluang ke Segamat melalui kawasan Lam Lee hanya boleh dilalui kenderaan berat manakala laluan alternatif ke Mersing ialah Jalan Kluang-Jemalung, kata jurucakap itu.
Di Kota Tinggi jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi berkata seluruh bandar Kota Tinggi masih dinaiki air manakala hujan turun renyai-renyai sehingga kini.Katanya, Jalan Kota Tinggi ke Mersing, Kluang dan Desaru sudah dibuka kepada semua lalu lintas manakala Jalan Kota Tinggi-Johor Baharu masih dibuka satu lorong berikutan berlaku sedikit kejadian tanah runtuh di Taman Saujana.
Di Segamat cuaca juga cerah pagi ini dan Menteri Kesihatan yang juga anggota parlimen Labis, Datuk Dr Chua Soi Lek dijangka melawat mangsa banjir di Chaah dan Segamat -BERNAMA (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news).


ULASAN

Banjir yang berlaku amatlah diberi perhatian oleh semua pihak. Terdapat banyak pusat pemindahan disediakan bagi mangsa-mangsa banjir contohnya, sekolah, dewan serbaguna dan khemah didirikan bagi menempatkan mangsa banjir di kawasan yang selamat sebagai tempat berteduh sementara menunggu paras air menurun dan selamat untuk diduduki di kawasan berlakunya banjir. Bantuan juga turut disumbangkan kepada mangsa banjir terutamanya semasa sesi lawatan ke kawasan banjir. Menurut juru cakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Muar adalah paling tinggi berbanding daerah-daerah lain yang berdekatan. Bagi daerah Kota Tinggi seramai 11,860 orang, Segamat (10,609), Kluang (5,209), Johor Baharu (2,873), Pontian (1,612) dan Mersing (545).
Selain itu, di Kota Tinggi juga juru cakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi berkata semasa berlakunya banjir jalan-jalan terpaksa ditutup berikutan peningkatan paras air hujan yang menghalang laluan semua lalu lintas yang mana banjir yang berlaku ini juga boleh mengancam keselamatan pengguna . Jalan juga ditutup berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku contohnya, yang berlaku di Taman Saujana.

Wednesday, October 24, 2007



Gambar pelajar:

NORASHIKIN BINTI SALLEH

A106153

Thursday, October 11, 2007

KEROSAKAN AKIBAT BANJIR_KG TEMBIOH



Gambar menunjukkan bumbung kedai runcit responden yang musnah akibat banjir. Beliau terpaksa membaiki kebocoran yang berlaku bagi meneruskan operasi kedainya.

TEORI MIGRASI

ULASAN INI TELAH DIBUAT BERDASARKAN PEMBACAAN SAYA TERHADAP TEORI MIGRASI (berdasarkan buku dan internet)
Teori migrasi sebenarnya telah berkembang dan ramai ahli pengkaji yang telah banyak membahas dan melakukan penelitian terhadap teori migrasi ini. Penerangan mengenai teori ini akan dijelaskan dengan mengambil kira pendapat daripada beberapa orang pengkaji yang mengkaji teori ini. Migrasi penduduk adalah merujuk kepada perpindahan penduduk dari satu kawasan ke kawasan lain sama ada secara permanen atau tidak permanen. Berdasarkan teori migrasi ini ia terbahagi kepada dua iaitu teori migrasi ini biasanya digunakan bagi menjawab persoalan mengapa dan bagaimana iaitu merujuk kepada motif dan tekanan yang menyebabkan berlakunya migrasi dengan mengambil kira bentuk dan proses migrasi. Teori ini juga digunakan bagi menjelaskan kesan yang timbul akibat migrasi yang mana kesan ini merujuk kepada kesan terhadap kawasan asal dan kawasan yang dituju yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan alam semulajadi.
Menurut Todaro pada tahun 1985, beliau mengatakan migrasi adalah perpindahan penduduk dari satu kawasan ke kawasan lain yang mana migrasi ini biasanya berlaku atas tuntutan kepentingan individu atau kelompok. Beliau juga mengaitkan teori ini dengan migrasi spontan yang mana migrasi yang berlaku dikatakan lebih kepada alasan ekonomi. Alasan utama migrasi meningkat katanya adalah disebabkan kemajuan yang dicapai yang mana didapati makin maju sesuatu wilayah atau negara maka makin pesatkan migrasi ke kawasan tersebut.

Selain itu, pengkaji lain seperti Ravenstein (1885) juga membuat penelitian tentang migrasi. Namun, pendekatan oleh Ravenstein terhadap teori migrasi ini dikatakan terlalu bersifat general sehingga sukar untuk memilih faktor-faktor determinan keputusan untuk melakukan migrasi. Penelitian Lee pada tahun 1966 terhadap teori ini dikatakan lebih terarah. Lee menekankan perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan untuk berpindah iaitu meliputi beberapa kelompok seperti di bawah:
1. faktor-faktor yang berhubungan dengan tempat asal migran (origin)
2. faktor-faktor yang berhubungan dengan tempat tujuan migran (destination)
3. faktor-faktor penghalang atau pengganggu (intervening factors) dan
4. faktor-faktor yang berhubungan dengan individu migran.

Kesemua faktor ini dapat dijelaskan seperti model di bawah:

/------------------------\
/------------------------\
: - + - + : intervening
: - + - + :
: Origin : -
//////////////////////////////////////-- : Destination
:
: + - + - : factors
: + - + - :
\-------------------------/
\-------------------------/
Model 1 di atas menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan untuk berpindah yang meliputi beberapa kelompok. Penerangan yang terperinci akan dijelaskan mengenai faktor-faktor tersebut. Kesemua faktor-faktor ini adalah saling mempengaruhi dan bersangkutan antara satu sama lain. Bagi faktor-faktor yang berhubungan dengan tempat asal dan tempat tujuan migran dapat terbentuk oleh pengaruh faktor positif atau negatif. Faktor-faktor di tempat asal migran boleh dikaitkan dengan faktor yang bersifat mendorong untuk keluar atau menahan untuk tetap dan tidak berpindah. Keadaan tanah yang tidak subur, penghasilan yang rendah di daerah tempat asal migran merupakan pendorong untuk pindah. Namun, faktor perhubungan kekeluargaan dan lingkungan sosial yang erat menjadi faktor yang menahan agar tidak berpindah. Walau bagaimanapun, upah yang tinggi, peluang pekerjaan yang menarik di daerah tempat tujuan migran merupakan faktor penarik untuk datang ke sana. Namun, menurut Lee juga ketidak pastian dan risiko yang mungkin dihadapi merupakan faktor penghambat untuk pindah ke tempat tujuan migran tersebut. Di samping itu, jarak yang jauh, ketidak pastian dan kekurangan informasi, masalah pengankutan yang tidak lancar dan karenah birokrasi yang wujud merupakan contoh intervening faktor yang menjadi penghambat kepada berlakunya migrasi. Bagi pendudk yang mempunyai informasi tentang kemudahan, seperti kemudahan pengangkutan dan sebagainya merupakan intervening faktor yang mendorong migrasi.


Lewis (1954) dan Fei dan Ranis (1971) pula menganalisa migrasi dalam konteks pembangunan yang mana mereka membahagikan kepada dua sektor perekonomian iaitu mengenai sektor tradisional dan moden atau dari sektor pertanian dan sektor industri. Menurut mereka juga migrasi sebenarnya terjadi dari sektor tradisional kepada moden dan dari sektor pertanian kepada sektor industri.

Sjaastad (1962) dan Bodenhofer (1967) juga turut menyumbang kepada perkembangan teori migrasi yang mana mereka ini cuba mendekati migrasi lewat teori human investment. Mereka menyatakan bahawa migrasi adalah suatu investasi sumberdaya manusia yang berkaitan keuntungan dan perbelanjaan yang meliputi risiko, pendapatan yang hilang (earning forgone) akibat menampung kos untuk berhijrah, pengorbanan dalam meninggalkan kampung halaman (disutility of moving) dan terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang baru.

Wednesday, October 10, 2007

MALAYSIA_faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian menurun

1. peningkatan dalam taraf kesihatan
-kerajaan Malaysia menyediakan kemudahan perubatan di klinik dan di hospital kerajaan
-mengenakan bayaran rawatan yang rendah
-bayi diberikan suntikan cacar dan suntikan tiga antigen dengan percuma di klinik dan di hospital kerajaan
-susu percuma diberikan kepada ibu dan penduduk yang miskin
-pelajar miskin diberikan makanan dan susu percuma di sekolah.
2. peningkatan dalam taraf hidup dan sosio-ekonomi
-menikmati makanan berzat
-menambahkan taraf kesihatan
-kawasan petempatan dengan kemudahan asas yang baik
3. bekalan air melalui paip dan kemudahan pembuangan najis serta sampah yang baik
-bekalan air yang bersih menghalang penyakit seperti kelera dan tafiod .
-pertumbuhan ekonomi negara sosioekonomi rakyat Malaysia
-pendapatan per kapita setahun rakyat Malaysia RM3734 (1980) .
4. peningkatan taraf pendidikan rakyat Malaysia
-memahami bahayanya penyakit seperti malaria, deman denggi, dan AIDS
-belajar cara-cara menghindarkan atau mengurangkan kemungkinan menghidap penyakit-penyakit tersebut .
-kerajaan melancarkan program-program kesedaran tentang penyakit-penyakit tersebut dan bagaimana mencegahnya melalui media massa seperti televisyen
-pelajar diberi pendidikan kesihatan supaya menjaga kesihatan dan menjauhi penyakit -Kementerian Kesihatan mengadakan kempen anti merokok, keburukan penyalahgunaan dadah , kencing manis, dan penyakit jantung .

ULASAN.....

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kadar kematian di Malaysia. Peningkatan dalam tahap kesihatan di kalangan rakyat banyak meningkatkan taraf kesihatan yang mana ia dapat dibuktikan bahawa kini jangka hayat penduduk makin meningkat iaitu 75 tahun bagi wanita dan 70 tahun bagi lelaki. Kesedaran pihak kerajaan juga makin meningkat iaitu pelbagai usaha dibuat bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk seperti meningkatkan tahap kualiti air bersih dan sistem pembetungan untuk kesejahteraan rakyat. Taraf pendidikan yang kian meningkat di kalangan penduduk banyak menyumbang kepada kesedaran yang makin tinggi di kalangan rakyat untuk mengamalkan amalan gaya hidup sihat di samping dapat menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit.

ulasan bagi malaysia_ciri-ciri peralihan demografi

Pada tahap pertama, kadar kematian menurun dikatakan adalah disebabkan kemajuan yang dicapai dalam kesihatan makin meningkat di samping penemuan pelbagai vaksin pencegahan penyakit berjangkit. Kadar kelahiran dikatakan tetap tinggi kerana kurang amalan perancangan keluarga di samping mempunyai pekerjaan yang stabil dan membolehkan penambahan bilangan isi rumah.

Pada tahap kedua, kadar kelahiran dan kematian dikatakan makin menurun kerana peningkatan dalam perubatan. Kadar kelahiran pula makin merosot kerana kesedaran rakyat mula timbul untuk mengamalkan perancangan keluarga, tahap pendidikan yang makin tinggi di kalangan wanita menyebabkan mereka mampu mempunyai kerjaya sendiri sekaligus menggalakkan mereka untuk mengurangkan saiz isi rumah.

Pada tahap ketiga, penduduk dikatakan mempunyai tahap pendidikan tinggi sekaligus menggalakkan wanita berkahwin lewat yang mana situasi ini akan menyebabkan kadar kesuburan golongan ini yang rendah. Kemajuan dalam perubatan di samping banyak program kesihatan yang dijalankan banyak menyedarkan rakyat dalam usaha melahirkan anak yang berkualiti untuk masa depan negara.

MALAYSIACIRI-CIRI PERALIHAN DEMOGRAFI

Ciri-ciri peralihan demografi di Malaysia
Tahap pertama, dari tahun 1947 - 1956: kadar kematian kasar menurun daripada 2% kepada 1%,hal ini adalah disebabkan terdapat kemajuan dalam bidang kesihatan awam, perubatan, dan pemakanan yang baik bagi masyarakat Malaysia dan terdapatnya pusat kesihatan dan hospital di hampir seluruh negara di Malaysia dengan ini, penyakit dapat dikawal contohnya penyakit malaria, taun,tetanus dan sebagainy. Kadar kelahiran pula meningkat ini disebabkan kurangnya pengamalan perancangan keluarga. Mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah menyebabkan menambahkan peluang pekerjaan dan saiz keluarga.

Tahap kedua, dari tahun 1957 - 1964; kadar kelahiran kasar dan kadar kematian kasar telah menurun secara perlahan-lahan, ini menyebabkan kadar pertumbuhan meningkat 3%,dimana kadar kelahiran kasar menurun. Ini menunjukan terdapatnya lebih pengamalan perancangan keluarga, umur kahwin lebih lewat kerana banyak perempuan yang melanjutkan pelajaran ke universiti, saiz keluarga menjadi kecil dan lebih banyak perempuan mula bekerja. Dengan ini jumlah penduduk di Malaysia semakin bertambah. Di Sabah dan Sarawak pula, Kemasukan Sabah dan Sarawak pada 1963, telah mencatat kadar kematian yang menurun, iaitu kerana terdapatnya kemajuan dalam bidang perubatan, bekalan makanan yang mencukupi dan berzat, dengan ini penyakit dapat dikawal, sebagai contohnya batuk kering, taun, dan disentri dapat diatasi, iaitu imunisasi diperkenalkan untuk mencegah penyakit batuk kering, campak, dan taun. Kerajaan juga telah berusaha menjaga kebersihan alam sekitar iaitu dengan memperkenalkan pelbagai peraturan dan undang-undang baru yang berkaitan pencemaran alam sekitar.

Tahap ketiga pula, iaitu dari tahun 1965 - 1990: jumlah penduduk meningkat daripada 9.3 juta orang pada tahun 1965 kepada 18.4 juta orang pada tahun 1990, kadar kelahiran kasar dan kadar kematian kasar menurun dan menjadi semakin mantap, iaitu kadar kelahiran kasar (2.8%) menurun, ini menunjukan terdapatnya peningkatan dalam taraf pendidikan negara, kaum wanita pula mula berkahwin lebih lewat yang menyebabkan kadar kesuburan mula merosot serta bilangan anak menurun, amalan perancangan keluarga juga mula dilaksanakan secara berkesan di seluruh negara. Kadar kematian juga mula menurun iaitu (0.5%1) ini menunjukan kemajuan dalam bidang perubatan dan program kesihatan awam, program moden mengawal penyakjt taun, batuk kering, demam denggi dan sebagainya.

DEMOGRAFI DAN PEMBANGUNAN......APA

Demografi bermaksud kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk(dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian dsb) dalam tempoh waktu tertentu. Manakala pembangunan pula adalah: perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan dsb). Usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan) (Kamus Dewan, Edisi Ketiga. 2002. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, m/s 287).

Secara amnya, Demografi dan Pembangunan akan menghuraikan pertalian antara perubahan pada ciri-ciri dan struktur kependudukan dengan proses pembangunan yang berlaku dalam sejarah masyarakat. Ini akan memberi kesan kepada pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal penduduk yang menyebabkan berlakunya perubahan-perubahan terhadap peranan kerajaan, masyarakat dan institusi kekeluargaan selari dengan arus pembangunan.

Demografi dan Pembangunan juga akan meneliti pembangunan penduduk di negara maju dan membandingkannya dengan pencapaian pembangunan yang diterima oleh penduduk di negara sedang membangun. Merujuk kepada peredaran masa dan ruang, perbincangan juga tertumpu kepada memahami bagaimana strategi yang diambil oleh negara sedang membangun untuk merancang dan melaksanakan perancangan penduduk dalam mencapai pembangunan mapan.


ULASAN

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, demografi adalah kajian tentang ciri-ciri penduduk dari segi saiz, kepadatan, taburan, fertaliti, mortality, dan sebagainya dalam jangka masa tertentu. Pembangunan pula adalah proses membangun. Manakala demografi dan pembangunan akan meneliti pertalian atau hubungan antara perubahan ciri-ciri dan struktur penduduk dengan proses pembangunan. Perbandingan akan dibuat antara pencapaian pembangunan di negara maju dan negara sedang membangun. Perbincangan juga seringkali banyak dibuat terhadap strategi yang dibuat oleh negara sedang membangun ke arah mencapai tahap pembangunan yang mapan.

Wednesday, October 3, 2007


banjir dan aktiviti perniagaan


ditunjukkan beberapa gambar banjir yang berlaku yang menjejaskan banyak aktiviti perniagaan di Kota Tinggi

JOHOR.....


Peta menunjukkan kawasan kajian dijalankan iaitu di Kota Tinggi bagi melihat kesan banjir terhadap golongan peniaga di sini....