Thursday, October 25, 2007

PEMINDAHAN MANGSA BANJIR DI JOHOR

JOHOR BAHARU, 24 Dis (Bernama) - Bilangan mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Johor mula berkurangan dengan seramai 69,789 orang sehingga pukul 8 pagi berbanding 77,699 Sabtu malam.
Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor berkata walaupun bilangan mangsa yang dipindahkan di Muar paling tinggi berbanding daerah lain namun angka itu kini menurun kepada seramai 22,273 orang Ahad pagi berbanding 22,604 hari Sabtu.
Daerah Batu Pahat yang dilihat semakin teruk mengalami banjir pula terus meningkatkan jumlah perpindahan penduduk dengan seramai 14,808.
Ini diikuti daerah Kota Tinggi seramai 11,860 orang, Segamat (10,609), Kluang (5,209), Johor Baharu (2,873), Pontian (1,612) dan Mersing (545).
Sementara itu, di Kluang Jurucakap Pejabat Penerangan Kluang berkata cuaca pagi ini sangat cerah dengan itu dijangkakan lebih banyak pusat pemindahan akan ditutup. Katanya, walaupun cuaca baik tetapi paras Empangan Machap masih di paras berbahaya dengan 17.53 meter melebihi paras bahaya 17.4 meter, Sungai Kahang juga di paras berbahaya dengan 8.98 meter manakala Sungai Mengkibol 24.01 meter iaitu tahap amaran.
Jalan Kluang-Mersing di KM115 melalui Felda Nitar masih ditutup, Jalan Kluang ke Segamat melalui kawasan Lam Lee hanya boleh dilalui kenderaan berat manakala laluan alternatif ke Mersing ialah Jalan Kluang-Jemalung, kata jurucakap itu.
Di Kota Tinggi jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi berkata seluruh bandar Kota Tinggi masih dinaiki air manakala hujan turun renyai-renyai sehingga kini.Katanya, Jalan Kota Tinggi ke Mersing, Kluang dan Desaru sudah dibuka kepada semua lalu lintas manakala Jalan Kota Tinggi-Johor Baharu masih dibuka satu lorong berikutan berlaku sedikit kejadian tanah runtuh di Taman Saujana.
Di Segamat cuaca juga cerah pagi ini dan Menteri Kesihatan yang juga anggota parlimen Labis, Datuk Dr Chua Soi Lek dijangka melawat mangsa banjir di Chaah dan Segamat -BERNAMA (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news).


ULASAN

Banjir yang berlaku amatlah diberi perhatian oleh semua pihak. Terdapat banyak pusat pemindahan disediakan bagi mangsa-mangsa banjir contohnya, sekolah, dewan serbaguna dan khemah didirikan bagi menempatkan mangsa banjir di kawasan yang selamat sebagai tempat berteduh sementara menunggu paras air menurun dan selamat untuk diduduki di kawasan berlakunya banjir. Bantuan juga turut disumbangkan kepada mangsa banjir terutamanya semasa sesi lawatan ke kawasan banjir. Menurut juru cakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Muar adalah paling tinggi berbanding daerah-daerah lain yang berdekatan. Bagi daerah Kota Tinggi seramai 11,860 orang, Segamat (10,609), Kluang (5,209), Johor Baharu (2,873), Pontian (1,612) dan Mersing (545).
Selain itu, di Kota Tinggi juga juru cakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi berkata semasa berlakunya banjir jalan-jalan terpaksa ditutup berikutan peningkatan paras air hujan yang menghalang laluan semua lalu lintas yang mana banjir yang berlaku ini juga boleh mengancam keselamatan pengguna . Jalan juga ditutup berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku contohnya, yang berlaku di Taman Saujana.

No comments: