Friday, October 26, 2007

REALITI DI SEBALIK ISU PENDATANG TANPA IZIN

1) Pengeksportan pekerja kini telah menjadi sumber pendapatan yang penting bagi negara-
negara yang miskin, dan fenomena ini telah dilanjutkan oleh pengaruh globalisasi.

2) Pertubuhan Tenaga Pekerja Antarabangsa (ILO) kini menganggarkan bahawa terdapatnya
lebih kurang enam juta pekerja dari Asia yang bekerja di luar negara, dengan jumlah yang
hampir sebesar itu meninggalkan negara asal mereka tanpa izin.

3) Malaysia pula dianggarkan menjadi destinasi bagi 1.8 juta pekerja asing, dengan kebanyakan

mereka datangnya dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina. Hanya 500,000 daripada mereka
dikatakan mempunyai dokumen perjalanan yang sah, dan malah beberapa sumber
mengatakan bahawa jumlah itu mungkin lebih tinggi lagi, terutamanya di negeri Sabah.

4) Tenaganita, iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang menangani isu-isu pekerja migran,

pernah mengatakan bahawa terdapatnya lebih kurang 3 juta pekerja sah dan tidak sah di
Malaysia, iaitu lebih kurang 10 peratus daripada jumlah penduduk.

5) Akhbar-akhbar di Filipina pula pernah melaporkan bahawa jumlah pendatang tanpa izin di

negeri Sabah melebihi setengah juta orang. Serupa dengan itu, seorang ahli parlimen di negeri
Johor telah mengatakan bahawa terdapatnta sejuta pendatang dari Indonesia pada tahun
1995 di negeri itu sendiri.

6) Tetapi isu pekerja asing bukanlah khusus kepada Malaysia dan Negara Thai. Ia dianggarkan

bahawa terdapatnya 200,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan beribu-ribu
lagi di Jepun, dan kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

ULASAN


Isu pendatang tanpa izin bukanlah isu baru malah sudah lama diperkatakan. Namun, jika diteliti tumpuan mula diberi oleh pihak media sama ada media cetak atau media elektronik terhadap isu pendatang asing tanpa izin (PATI). Pelbagai usaha dibuat bagi membanteras mereka daripada terus memboloskan diri ke negara asing tanpa izin. Namun, usaha ini belum menampakkan lagi kejayaannya malah kini permintaan terhadap buruh asing dikatakan makin meningkat terutamanya untuk terlibat dalam sektor pertanian, perladangan, perkilangan, pembinaan dan sebagai pembantu rumah malah pengeksportan pekerja asing kini telah menjadi sumber pendapatan negara terutamanya bagi negara-negara miskin. Malaysia juga sebenarnya tidak dapat lari daripada terlibat, yang mana terdapat juga rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Jepun malah kebanyakannya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Selain itu, rasuah yang berlaku terutama dalam kalangan pihak berkuasa seperti kastam, emigresen dan polis juga mendorong kepada kegagalan usaha mengurangkan tenaga asing tanpa izin dalam negara.

1 comment:

Musdalila Jaafar said...

isu pendatang asing banyak mendatangkan maslah seperti sosial, ekonomi dan juga budaya. kebanjiran PTI di negara telah menyebabkan penduduk tempatan tiada peluang pekerjaan kerana dipelopori oleh buruh asing