Thursday, October 25, 2007

LAPORAN KAJIAN BERKAITAN IMPAK BANJIR KE ATAS GOLONGAN PENIAGA

PENGENALAN

Banjir merupakan satu fenomena alam yang sering berlaku terutamanya di negeri Pantai Timur di Semenanjung Malaysia. Pada penghujung tahun 2006 dan Januari 2007, Malaysia telah dikejutkan dengan peristiwa banjir besar yang melanda Johor, Pahang dan Melaka. Johor merupakan negeri yang terjejas teruk akibat daripada kejadian banjir ini yang mana banjir ini telah terjadi selama dua kali berturut-turut dan keadaan ini membawa banyak kemusnahan kepada mangsa banjir.

Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, premis-premis perniagaan dan kawasan-kawasan perumahan yang berdekatan. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 adalah lebih dahsyat kerana telah menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Fenomena ini dikatakan terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga air sungai tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke pusat pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Tinggi).

Selain itu, banjir ini juga telah meneyebabkan banyak perniagaan terutamanya di Kota Tinggi mengalami kelumpuhan dan terpaksa menutup perniagaan berikutan kerugian yang tinggi yang terpaksa ditanggung. Menurut Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pasaraya Kini mengalami kerugian sebanyak RM 2 juta bagi banjir gelombang pertama dan RM 4 juta bagi gelombang kedua. Selain itu, semasa menjalankan kajian di Kota Tinggi yang mana penyelidik cuba memfokuskan kepada golongan peniaga yang terlibat dengan banjir. Namun, hampir kesemua peniaga mengatakan mereka mengalami trauma sekiranya hujan lebat turun dan ramai peniaga mengalami tekanan emosi akibat daripada banjir ini. Masa yang diambil untuk memulihkan semula ekonomi mereka dari segi perniagaan juga agak panjang kerana kerosakan yang terjadi amat teruk malah banyak aset-aset yang rosak dan sudah tidak boleh digunakan lagi. Keadaan ini memaksa mereka untuk memulakan perniagaan bermula dari bawah semula.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian merujuk kepada objektif yang ingin dicapai terhadap sesuatu kajian yang dijalankan. Terdapat empat objektif kajian yang dijalankan ini iaitu:
i. mengenal pasti kesan-kesan banjir terhadap sumber pendapatan golongan peniaga
ii.membandingkan tempoh yang diambil untuk memulakan perniagaan selepas banjir
iii.menghuraikan pandangan pekerja terhadap gaji dan pelanggan selepas banjir
iv.membandingkan persepsi pelanggan terhadap barangan kesan dari banjir.

SKOP KAJIAN

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah di negeri Johor, Malaysia
. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sunagi Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 kilometer persegi. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Tinggi).

Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Pelbagai tempat-tempat pelancongan yang menarik dapat dikunjungi di Kota Tinggi antaranya air terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi, Hutan Lipur Panti, Desaru dan pelbagai lagi tempat yang menarik wujud di Daerah Kota Tinggi Johor ini.

Pusat bandar Kota Tinggi sedang membangun dengan pesat. Terdapat pelbagai sektor peniagaan di bandar ini seperti perniagaan makanan, pakaian dan pasaraya contohnya KINI dan Plaza Kota Tinggi. Banjir besar ini telah mengakibatkan kerugian yang amat besar kepada para peniaga dan menimbulkan gangguan emosi serta tekanan perasaan.

Sistem saliran utama di bandar ini adalah Sistem Sungai Johor yang mengalirkan air daripada kawasan tadahan Sungai Linggiu dan Sungai Sayong (Daerah Kluang) ke laut. Cabang utama Sungai Johor (bandar Kota Tinggi) ialah Sungai Permandi, Sungai Kemang, Sungai Kampung Kelantan, Sungai Bang, Sungai Tembioh dan Sungai Damar. Kampung Kelantan, Kampung Tembioh dan Taman Kemang merupakan antara kawasan yang paling terjejas selain bandar Kota Tinggi. Diantara peristiwa banjir besar yang pernah dicatatkan adalah pada Disember 1948, Disember 1969, November 1979, Disember 1982, Disember 1983, November 1989, Disember 1991, Disember 2003, Januari 2004 dan Mac 2004.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan dalam dua kaedah iaitu pengumpulan data-data primer dan sekunder. Kaedah pengumpulan data secara primer adalah melalui soal selidik berpandu dan temubual tidak formal terutamanya temubual dengan peniaga. Selain peniaga, golongan pekerja dan pelanggan juga turut ditemubual kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada responden yang dikaji.Kebanyakan responden terdiri daripada mereka yang menjadi mangsa banjir dan melalui sendiri keadaan sewaktu banjir ini. Kaedah ini amat sesuai digunakan kerana penyelidik dapat mengetahui sendiri kesan banjir ini kepada mereka yang terlibat menerusi pandangan responden. Responden yang ditemubual juga memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memberikan maklumat yang diperlukan.

Manakala, data sekunder pula diperolehi melalui bahan rujukan umum seperti buku, jurnal, majalah dan akhbar serta internet. Menerusi kaedah ini, penyelidik dapat menganalisa sejauhmana kesan banjir ini secara umum dibandingkan dengan data yang diperolehi melalui primer. Selain itu, kaedah pemerhatian juga dilakukan untuk melihat sejauhmana impak banjir terhadap para peniaga. Pemerhatian yang dibuat adalah dari aspek logistik serta kemanusiaan. Melalui kaedah ini, penyelidik mengetahui dan dapat melihat sendiri kesan banjir kepada mangsa banjir di Kota Tinggi amnya dan golongan peniaga di situ khususnya. Analisis bagi isi kandungan data premier dilakukan sendiri oleh penyelidik sendiri setelah mengumpulkan semua data primer dan sekunder serta bahan-bahan sampingan. Data kuantitatif yang diperolehi dianalisis dan diterangkan dalam penemuan kajian di bawah.

PENEMUAN KAJIAN

ANALISIS PENIAGA DI KOTA TINGGI

Berdasarkan soalan-soalan kajian pada Bahagian A yang meliputi profil responden yang mana ianya telah diajukan kepada kesemua responden yang terdiri daripada kalangan peniaga di Kota Tinggi mendapati golongan peniaga di sini adalah terdiri daripada peringkat umur antara 23 hingga 64 tahun. Kesemua responden terlibat dalam perniagaan seperti perniagaan warung, kedai runcit, kedai bunga, kedai cakera padat (CD) dan kedai kain. Daripada jumlah sampel responden yang diambil iaitu tujuh orang mendapati penglibatan golongan peniaga di sini majoritinya adalah daripada kalangan peniaga lelaki iaitu sebanyak 57% dan selebihnya adalah daripada golongan wanita iaitu hanya sebanyak 43% sahaja.

Selain itu, dapatan kajian juga mendapati 71% peniaga di sini adalah daripada kalangan etnik Melayu beragama Islam dan 29% yang selebihnya adalah daripada etnik Cina yang masing-masing beragama Kristian dan Buddha. Kesemua pemilik perniagaan yang ditemubual ini juga didapati semuanya sudah berkahwin.

Kesemua peniaga di sini mempunyai pendidikan yang mana majoritinya mempunyai tahap pendidikan peringkat sekolah menengah iaitu sebanyak 42%. Peratusan bagi peniaga yang mempunyai taraf pendidikan peringkat diploma atau ijazah dan sekolah rendah adalah sama iaitu masing-masing sebanyak 29%. Dapatan kajian ini juga mendapati jumlah pekerja di setiap organisasi perniagaan di sini adalah antara seorang hingga empat orang pekerja. Namun, hasil kajian ini juga mendapati bagi perniagaan jenis kedai runcit dan warung masing-masing tidak mempunyai pekerja. Hal ini demikian kerana, menurut kedua-dua responden ini saiz perniagaan yang kecil menyebabkan mereka tidak perlu mengambil pekerja malah mampu menguruskan perniagaan mereka sendiri di samping dapat menjimatkan kos iaitu tidak perlu menanggung kos untuk membayar upah pekerja.

Selain itu, berdasarkan soalan-soalan di Bahagian B yang telah diajukan kepada peniaga-peniaga ini mendapati fenomena banjir yang berlaku banyak memberikan kesan yang negatif kepada perniagaan yang dijalankan. Hal ini dapat dibuktikan apabila kesemua responden yang ditemubual mengatakan bahawa pendapatan yang diperolehi sebelum berlakunya banjir adalah lebih tinggi berbanding selepas banjir. Jumlah pendapatan yang mampu diperolehi peniaga-peniaga di sini sebelum berlakunya banjir adalah antara RM700 hingga RM100,000 bagi tempoh sebulan. Namun, selepas berlakunya banjir pendapatan yang mampu diperolehi oleh peniaga-peniaga di sini hanyalah antara RM350 hingga RM84,000 sahaja. Di samping itu, anggaran kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kesemua peniaga yang ditemubual adalah antara RM1000 hingga RM50,000. Keadaan ini menjelaskan bahawa fenomena banjir yang berlaku menjejaskan aktiviti perniagaan yang dijalankan terutamanya bagi lokasi perniagaan yang terletak di kawasan yang rendah dan terdedah kepada fenomena banjir yang berlaku.

Saiz perniagaan bagi peniaga-peniaga di kawasan kajian adalah melibatkan modal antara RM10,000 hingga RM15,000 dan lebih dari RM15,000 iaitu masing-masing diwakili oleh peratusan sebanyak 29%. Bagi perniagaan yang saiznya adalah antara RM1000 dan kebawah hingga RM10,000 masing-masing diwakili oleh peratusan sebanyak 14%. Bagi soalan berkaitan sambutan pelanggan terhadap perniagaan sebelum banjir mendapati kesemua responden mengatakan sambutan pelanggan terhadap perniagaan mereka sebelum berlakunya banjir adalah memuaskan. Namun, situasi ini amat berbeza yang mana responden mengatakan selepas berlakunya banjir sambutan pelanggan terhadap perniagaan mereka dapat dijelaskan seperti carta pai 4 di sebelah.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan mendapati 57% daripada peniaga mengatakan sambutan daripada pelanggan terhadap perniagaan mereka adalah memuaskan. Namun, selebihnya iaitu 43% lagi mengatakan sambutan pelanggan terhadap aktiviti perniagaan selepas berlakunya banjir adalah tidak memuaskan iaitu sebanyak 43%. Menurut peniaga-peniaga ini juga, fenomena banjir yang berlaku telah menjejaskan aktiviti perniagaan mereka yang mana perniagaan mereka makin merosot disebabkan kekurangan bekalan barang yang dijual dan kekurangan daya tarikan terhadap premis perniagaan kerana kerosakan semua peralatan niaga. Namun, fenomena banjir yang berlaku ini juga didapati meninggalkan kesan terhadap peniaga itu sendiri yang mana mereka mengatakan fenomena banjir yang berlaku ini menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian yang tinggi akibat kerosakan-kerosakan yang berlaku malah perlu mengeluarkan modal sendiri untuk memperbaiki perniagaan. Terdapat juga responden yang mengatakan fenomena banjir yang berlaku ini memberikan tekanan perasaan dan emosi kerana melihat sendiri perniagaan mereka musnah akibat fenomena banjir yang berlaku. Selain itu, terdapat juga responden yang menganggap kemusnahan perniagaan akibat fenomena banjir yang berlaku ini sebagai ketentuan Ilahi malah mereka ini tidak berputus asa untuk memulakan kembali aktiviti perniagaan yang dijalankan di samping cuba meningkatkan ciri-ciri keselamatan dalam menghadapi situasi banjir kerana fenomena banjir yang berlaku adalah di luar jangkaan contohnya, mengalihkan premis perniagaan ke kawasan yang lebih tinggi atau membina tembok tinggi di luar premis perniagaan bagi menghalang laluan air daripada masuk ketika hujan lebat berlaku.

Bagi soalan berkaitan bantuan yang diterima oleh peniaga akibat berlakunya banjir mendapati majoriti peniaga tidak mendapat bantuan daripada mana-mana institusi sebaliknya mereka terpaksa membuat pinjaman kewangan melalui bank seperti Maybank untuk memperbaiki semula aktiviti perniagaan. Selain itu, terdapat 42.9% daripada peniaga yang mendapat bantuan daripada kerajaan seperti bantuan daripada Pejabat Daerah dan Tanah yang mana majoritinya adalah dalam bentuk bantuan kewangan. Terdapat juga responden yang mendapat bantuan perniagaan daripada pertubuhan agama dan organisasi swasta seperti Kelab Loteri. Kesemua responden yang mendapat bantuan mengatakan bahawa bantuan yang diterima adalah tidak mencukupi bagi memperbaiki semula perniagaan mereka. Hal ini demikian kerana, bagi mereka jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung adalah lebih tinggi berbanding bantuan yang diperolehi. Mereka juga mengatakan bahawa kemusnahan dan kerosakan yang berlaku akibat banjir memerlukan peruntukan modal yang besar untuk membiayai kos-kos pembaik pulihan ini. Hal ini jelas terutamanya bagi peniaga-peniaga CD yang mana banjir yang berlakunya menyebabkan kerosakan kesemua barangan dan memerlukan mereka membeli CD-CD yang baru kerana barangan seperti ini tidak dapat digunakan lagi. Keadaan ini berbeza bagi peniaga-peniaga kasut, peniaga kain dan kedai bunga yang mana barangan sebegini boleh dibersihkan dan dijual semula dengan harga yang jauh lebih murah.

Di samping itu, bagi tempoh peniaga memulakan kembali operasi perniagaan mereka selepas berlakunya banjir pula, dapatan kajian mendapati 43% peniaga mengambil masa antara tiga bulan dan ke bawah bagi memulakan kembali operasi perniagaan mereka selepas terlibat dengan bencana banjir. Peratusan ini sama, yang mana 43% peniaga juga mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk memulakan kembali operasi perniagaan mereka. Namun, 14% yang selebihnya adalah peniaga yang mengambil masa enam hingga setahun untuk memulakan kembali operasi perniagaan mereka selepas berlakunya bencana banjir ini. Bagi soalan berkaitan jenis kerosakan yang dialami oleh peniaga mendapati kesemua responden yang terdiri daripada peniaga ini mengalami kerosakan perniagaan jenis barang niaga. Namun, bagi kerosakan jenis premis, peralatan dan aset masing-masing lima responden. Bagi kerosakan jenis inventori adalah sangat rendah iaitu hanya empat orang responden sahaja yang mengalami kerosakan jenis ini.


PERSEPSI PEKERJA TERHADAP KESAN BANJIR KE ATAS PERNIAGAAN

Semasa menjalankan kajian penyelidik juga cuba meneliti persepsi pekerja terhadap kesan banjir terhadap perniagaan yang terlibat. Dapatan kajian mendapati bahawa pekerja di Kota Tinggi majoritinya adalah dalam lingkungan umur antara 14 hingga 30 tahun. Majoriti responden yang ditemubual adalah terdiri daripada perempuan iaitu sebanyak 80 peratus dan 20 peratus adalah lelaki. Peratusan pekerja lelaki yang terlibat dalam bidang ini iaitu sama ada sebagai juru jual dan pembantu kedai adalah rendah kerana dalam pemilihan pekerjaan, lelaki dikatakan lebih cenderung untuk terlibat dalam bidang pekerjaan yang berkaitan dengan bidang teknikal seperti sebagai mekanik atau juru teknik.

Dapatan kajian juga mendapati 80 peratus responden yang di soal iaitu yang terdiri daripada kalangan pekerja di sekitar premis perniagaan di Kota Tinggi ini mendapati taraf pendidikan pekerja di sini hanyalah sehingga tamat tingkatan 5, manakala 20 peratus menunjukkan bahawa pekerja di sini mempunyai ijazah. 80 peratus pekerja mempunyai taraf pendidikan sehingga sekolah menengah memilih bekerja sebagai jurujual kerana pekerjaan ini mudah diperolehi tanpa memerlukan sijil atau ijazah. Manakala 20 peratus pekerja lagi yang mempunyai ijazah tetapi masih memilih untuk bekerja sebagai jurujual kerana mereka mengatakan kini peluang pekerjaan yang ada adalah sangat terhad sedangkan masih terdapat ramai siswazah yang masih menganggur dan tidak mempunyai income.

Berdasarkan persoalan berkaiatan gaji pekerja pula, dapatan kajian mendapati 80 peratus pekerja yang telah ditemubual bersetuju mengatakan bahawa gaji yang diterima sama kadar sebelum banjir. Ini bermaksud kadar pembayaran gaji tiada peningkatan ataupun pengurangan walaupun banjir berlaku.


ANALISIS DATA PELANGGAN

Penyelidik juga meneliti dari segi persepsi pelanggan yang mana soalan-soalan berkaitan impak banjir terhadap barangan yang dijual oleh peniaga yang terlibat dengan banjir. Bagi mendapatkan maklumat berkaitan penyelidik telah memilih 13 orang responden yang mana mereka ini dipilih secara rawak iaitu ketika mereka berada di sekitar premis perniagaan yang terdapat di Kota Tinggi.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan mendapati seramai 8 orang atau 62% pelanggan menyatakan setuju bahawa harga barangan di sini telah meningkat daripada harga asal selepas banjir. Manakala seramai 5 orang atau 38 % pelanggan menyatakan barangan pada harga yang sama. Selain itu, terdapat responden yang mengatakan peniaga telah meletakkan harga yang tinggi berbanding dengan harga barangan sebelum berlakunya banjir contohnya, ada segelintir peniaga telah meningkatkan harga barangan kawalan seperti tepung gandum sebanyak RM 0.20 daripada harga yang ditetapkan.

Dapatan kajian juga mendapati seramai 7 orang atau 54% pelanggan mengatakan bahawa kuantiti barangan niaga telah bertambah. Manakala seramai 6 orang pelanggan atau 46% telah menyatakan kuantiti barangan niaga adalah sama saja sebelum dan selapas banjir. Pertambahan barangan niaga adalah kerana ramai perniaga mendapat pinjaman daripada bank tempatan yang mana bank tempatan dikatan mengenakan kadar faedah yang lebih rendah untuk membantu golongan peniaga ini memulakan kembali perniagaan mereka.

Bagi soalan berkaitan kualiti barangan jualan, seramai 7 orang atau 54% pelanggan yang temubual mengatakan bahawa kualiti barangan niaga adalah tidak memuaskan. Manakala seramai 6 orang pelanggan atau 46% menyatakan kualiti barangan adalah memuaskan. Terdapat juga pelanggan yang mengatakan ada segelintir perniaga menjual kembali barangan yang terkena banjir yang mana mereka telah mencuci kembali barangan tersebut misalnya, pakaian, beg dan kasut tetapi dijual dengan harga yang lebih murah berbanding harga asal barangan tersebut.

KESIMPULAN

Alam sekitar merupakan sumber penting kepada hidupan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Manusia menjadikan alam sekitar yang dianugerahkan Tuhan ini sebagai tempat untuk mereka beraktiviti contohnya, sebagai punca pendapatan, sumber makanan, tempat tinggal dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penggunaannya yang tidak terancang baleh mendatangkan kemudaratan kepada hidupan (Baharuddin Yatim, 1989). Terdapat pelbagai ancaman perlu dihadapi ketika menggunakan sumber ini malah, kadang kala perlu berdepan dengan bencana alam yang berlaku akibat penggunaan sumber alam ini yang tidak terancang seperti fenomena banjir. Banjir merupakan salah satu ancaman global yang paling lumrah berlaku.

Risiko berlakunya banjir ini dilihat lebih kepada kawasan yang mengalami proses pembandaran yang pesat di samping hujan yang lebat yang berlaku. Hal ini kerana, kawasan yang mengalami perkembangan dalam proses pembandaran lebih terdedah untuk berlakunya banjir kerana kawasan ini mengalami kesesakan yang teruk, pencemaran meningkat, sistem saliran yang semakin kurang dan sempit akibat tumpuan yang lebih diberikan kepada perkembangan dari aspek pembangunan yang merujuk kepada peningkatan pembinaan bangunan pencakar langit, banyak kawasan diturapkan, pertumbuhan perindustrian dan penebangan hutan yang berleluasa untuk sektor pembinaan.

Oleh itu, fenomena ini adalah sangat penting untuk diberikan perhatian oleh pihak perancang kerana bencana ini boleh menyebabkan kemusnahan harta benda, menjejaskan aktiviti perniagaan, mengganggu aktiviti harian penduduk, dan menjejaskan jaringan sistem pengangkutan.




2 comments:

Unknown said...

Hello
Saya pemberi pinjaman peribadi pinjaman yang memberikan pinjaman pada kadar faedah 2
%, saya menawarkan pinjaman kepada individu dan Syarikat-syarikat atau kumpulan orang yang
adalah dari segi kewangan down. Ia adalah satu peluang kewangan pada langkah pintu anda
hari ini dan dapatkan gambaran yang ringkas mengenai kredit tiada.
Terdapat banyak peluang pembiayaan dan membantu dalam semua aspek dan
masih mengira. Tetapi ia adalah satu peluang kewangan ke ' pintu ',
dan musim kering akan datang ke penghujungnya, dan tidak boleh ketinggalan ini unik
peluang. Adakah anda memerlukan bantuan kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk
mengembangkan perniagaan anda? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan yang besar
skala? Anda memerlukan pinjaman yang boleh mengubah hidup anda dan semasa anda
kedudukan kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk meletakkan barang-barang
di tempat yang betul? Kemudian mencari-Cari lagi, kerana pinjaman anda adalah impian anda
langkah pintu semalam. Perkhidmatan yang disediakan untuk individu-individu, perniagaan
dan orang-orang perniagaan. Jumlah kredit yang tersedia dalam lingkungan $
1,000.00 kepada AS $ 500,000,000.00 atau pilihan anda, saya memberi pinjaman untuk
Projek, perniagaan, cukai, bil, dan banyak sebab lain, pinjaman kami
mudah dan * menapis * untuk maklumat lanjut hubungi kami dengan

E-mel: galvinsmartloans@gmail.com
speedway@cash4u.com

MEMOHON PINJAMAN
================================
Name : ...................
Kedua nama:...
Hubungi Alamat:...
Negara:...
Age : ..........................
Sex : ....................
Nombor telefon:...
Status:...
Pekerjaan:...
Jawatan:...
pendapatan bulanan:...
Jumlah pinjaman:...
Tujuan pinjaman:...
Tempoh:...
Anda telah memohon untuk pinjaman sebelum:...
anda faham Bahasa Inggeris:...
BEBERAPA soalan DIJAWAB (Frequently Asked Questions) kami ada yang mudah
Borang untuk anda masukkan untuk memohon pinjaman. isi dan hantar
bagi saya. Permohonan ini meliputi tajuk-tajuk berikut. * Kebenaran *
Maklumat peminjam 1 kredit.
Apakah itu kadar faedah? Kadar faedah bergantung kepada projek ini.
Kadar adalah 2% bulanan faedah tahunan kadar faedah yang perlu dibayar.
2. Akan kira kredit saya? tidak
3. Di mana anda pinjaman? Kita pinjaman dunia
4. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dana? Selepas menyerahkan pinjaman
Permohonan, anda boleh mengharapkan jawapan awal yang kurang daripada 24 jam
dan pembiayaan dalam tempoh 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kami perlukan
daripada anda.
5. Apa pembayaran saya akan? Yang akan dikira untuk anda dan
dihantar kepada anda mengikut jadual pembayaran balik bersama-sama dengan terma-terma pinjaman.
Kami tidak sabar-sabar untuk hubungan bisnes yang kukuh dengan anda.

Ikhlas,
Litar lumba pinjaman

Unknown said...

Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, Adakah anda serius memerlukan pinjaman segera, Adakah anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan korporat pinjaman, dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2%, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman masing-masing dan menjadi tahun baru dengan senyuman di wajah mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami sekarang melalui e-mel {} gloryloanfirm@gmail.com

Maklumat peminjam:

Nama Penuh: _______________
Negara: __________________
Seks: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman Diperlukan: _______
Tempoh pinjaman: ____________
Tujuan pinjaman: _____________
Nombor Telefon Bimbit: ________

Puan Glory